Jumaat, 5 Jun 2015

PENGALAMAN TUT POKOK BUAH-BUAHAN

Tut atau air layering merupakan salah 1 teknik untuk menambahkan bilangan pokok buah-buahan tanpa melalui proses menanam biji benih.  Cara tut tidak akan mengubah kualiti buahnya dan anak tut akan mempunyai kualiti yang sama dengan induknya.  Saya telah menggunakan teknik ini untuk tutkan pelbagai jenis pokok buah-buahan yang terdapat di sekeliling rumah saya seperti pokok mangga, pokok nona, pokok avocado, pokok belimbing, pokok limau bali, limau kasturi dan pokok tin.  

Tut pokok mempunyai pelbagai cara, bagi saya semua cara pun ok, janji pokok yang ditut berakar dan boleh ditanam.  Inilah cara saya:


  1. Sediakan tanah yang hendak digunakan.  Saya menggunakan apa-apa jenis tanah yang ada saje, tanah kuning, tanah hitam (black soil) yang dibeli, tanah sabut kelapa dan tanah bakar.  Campurkan tanah dengan air supaya ia lembap tetapi tidak basah.  Saya biasanya campurkan tanah dalam beg plastik yang datang dengan tanah dengan tambahkan sikit air, tutup muncung bag plastik tu dan golekkan beg plastik sehingga tanah sebati dengan air.  Periksa kelembapan dengan mengenggam tanah, tanah yang mengepal tanpa mengeluarkan air mempunyai kelembapan antara 50-60% dan merupakan kelembapan yang dikehendaki, bila genggam keluar air, maksudnya basah sangat, kena tambah lagi tanah dan golek beg plastik lagi untuk dapatkan kelembapan ideal, kalau genggam tanah tak mengepal maskudnya kering sangat dan perlu ditambah air lagi.
  2. Sediakan pembalut plastik lutsinar dengan mengguntingkan beg plastik yang tidak diperlukan lagi mengikut saiz yang kita nak balut pada dahan, kalau nak isi banyak tanah, pembalut bag plastik kenalah besar.  Sediakan juga aluminium foil/ plastik gelap/ plastik keropok/ tepung susu yang tidak diperlukan untuk balut tut yang telah dibuat sekiranya terdedah kepada cahaya matahari.  Menurut internet , akar baru akan tercedera oleh matahari.  
  3. Tapi, apa yang saya dapati setelah sekian lama mentut pokok adalah plastik senang tumbuh lumut bila tak ditutup.  Bila lumut dah tumbuh tutup plastik, kita tak dapatlah untuk tengok kat dalam plastik samada akar dah tumbuh ke belum. (7/9/15)
  4. Lepas tu, dah boleh pilih dahan yang hendak ditut.  Gunakan pisau tajam untuk kerat lilitan kulit pokok pada dahan tersebut pada jarak lebih kurang 1 inchi atau lebih , lepas tu, buangkan kulit pada bahagian yang telah dikerat supaya bahagian dalam dahan tersebut terdedah.  Tujuannya untuk mencederakan bahagian tersebut dan menyekat nutrient yang dihasilkan oleh daun daripada turun ke pangkal pokok.  Bahagian tersebut akan membengkak  dan berakar lepas beberapa minggu. 
  5. Bagi mempercepatkan proses pengakaran, sapukan sedikit serbuk penggalak akar (rooting hormon) pada bahagian atas lokasi kulit dibuang yang dekat dengan pucuk pokok yang ditut.
  6. Ambil pembalut plastik lutsinar dan diikat melilit pada dahan yang hendak ditut di bahagian yang telah dibuang kulit untuk mewujudkan satu pocket/ sarung yang digunakan untuk mengisi tanah.  Material yang diguna untuk mengikat boleh gunakan cable tie, tali atau pun dawai.
  7. Isikan tanah sehingga penuh dan diikat bahagian atas untuk mengekalkan kelembapan tanah.  Tut telah dikira selesai, cuma menanti masa untuk berakar.  Perhatian perlu diambil ketika mengisi tanah, elakkan tanah daripada menjadi mampat dan keras dalam pembalut plastik sebab daripada pemerhatian saya terhadap tut yang dibuat, akar memang takkan tumbuh. 
  8. Balutkan tut dengan aluminium foil untuk melindungi daripada cahaya matahari supaya akar muda yang tumbuh tidak tercedera.
  9. Lepas selesai semua kerja, labelkan tarikh dan variati supaya kita tak keliru apabila hendak semai tut.
Kalau tut tak menjadi, dahan itu sama ada akan terus tumbuh seperti biasa ataupun mati seperti gambar bawah:


Begitulah rupa bahagian tut yang telah mati.
Kulit telah tumbuh balik tetapi tidak sempat untuk sambung dan akar gagal tumbuh.

Begitulah rupa bentuk tut yang sedang tumbuh, perhatikan kulit baru warna putih telah tumbuh menyambungkan kawasan yang kulitnya telah dibuangkan, cuma akar belum tumbuh lagi.  Malangnya induk pokok telah mati layu, maka saya terpaksalah membuangkan tut ini, sebelum buang, sempatlah buatkan sikit post mortem untuk tengok apa jadi pada tut.


Tut dibuat pada 17/1/15.  Post mortem dibuat pada 4/5/15.


Beginilah tut yang telah berjaya tumbuh akar.

Tut yang dibalut dengan paket tepung susu untuk melindunginya daripada matahari.

Akar yang mula tumbuh selepas sebulan ditut.

Tut pokok fig.  Perhatikan bahagian atas yang ditutup dengan penutup pelindung matahari mula mengeluarkan mata akar.

Akar yang mula tumbuh dalam pembalut.  Pokok fig BTM6 ini hanya mengambil masa 2 minggu untuk bahagian tut mengeluarkan akar.


Tut pada pokok fig black jack yang telah mengeluarkan akar selepas 2 minggu ditut.  Saya hanya menggores kulitnya dengan kuku sahaja.

Eksperimen tut pokok tin black genoa dengan hanya membalutkan bahagian keratan dengan sphagnum moss lembap tanpa membuang kulit bahagian tut.

Bahagian tut telah mengeluarkan akar pada masa lebih seminggu. 


Tut black Genoa pads 4/7/15. Akar telah tumbuh mengeliling cawan plastik air mineral.

Pokok BTM6 yang telah stabil ditut.  Saya telah menambahkan tanah dengan membuangkan plastik lama dan bungkuskan dengan plastik baru setelah ditambah tanah.

Tut pokok avocado yang telah mula menunjukkan pertumbuhan akar setelah sekian lama ditut.  Tut ini telah mengambil 3 bulan untuk tumbuh akar.  Kalau tak silap saya, saya telah membuangkan sebahagian besar kulit dan meninggalkan sebahagian kecil kulit pokok di bahagian tut supaya pucuknya tak mati sementara menunggu bahagian dibuang kulit bengkak dan tumbuh akar.

Kadar kejayaan saya untuk tut pokok adalah 50% sahaja, iaitu daripada 2 tut yang saya buat, hanya 1 yang berjaya berakar.    Setelah membaca mengenai kaedah tut yang terdapat di internet, rupanya kulit kena dibuang dibawah mata daun (node) di mana lokasi tersebut merupakan lokasi di mana akar akan tumbuh dan kulit setelah dikopek, kenalah gores sikit untuk membuangkan satu lapisan sel dinamakan cambium yang berfungsi untuk pertumbuhan supaya kulit susah nak tumbuh balik.  Barangkali ini merupakan faktor utama kenapa tut ada yang tidak hidup.

Lepas ditut dan berakar, nak semai keratan tut pun satu hal lagi, dah entah berapa pokok saya yang ditut mati ketika disemai.  Bila semai,  tangan jangan gatal, jangan rajin sangat nak jirus air, nanti akar baru akan lemas dan reput sebab basah sangat.  Selain itu, ketika nak buka plastik, kena hati-hati, jangan sampai akar yang telah tumbuh itu patah sebab kadang-kadang tanah akan lekat pada plastik.  Tip dari internet lagi, tanam tut yang baru pada bekas yang besar sedikit daripada saiz tut.  Logiknya adalah bila bekas besar sangat, banyak sangat air dalam bekas yang akar baru yang sikit tu tidak dapat serap, dan ini akan menyebabkan terlebih basah dan akar reput.


Keadaan akar tut yang telah tumbuh akar dan mati ketika disemai.


Tut limau kasturi.  Ikut rekod, tut ini telah dibuat pads 18/1/15; saya telah potong tut ini dari induk pada 4/7/15.  Ini merupakan tut yang paling lama dibiarkan atas pokok induk.  Bukan tak nak potong, ingat dah tak tumbuh selain telah menggunakan beg plastik berwarna yang tidak dapat tengok keadaan dalam plastik.



Pemerhatian saya adalah kebanyakan tut akan memerlukan masa 1 bulan untuk mengeluarkan akar,  iaitu seperti limau kasturi, limau bali, buah nona dan pokok mangga.  Pokok belimbing memerlukan masa lebih kurang 3 bulan baru mula mengeluarkan akar dan pokok avocado merupakan pokok yang paling susah untuk keluar akar.  Ada yang ditut dah lebih enam bulan pun tak berakar lagi. Pokok fig merupakan pokok yang paling senang mengeluarkan akar.  Pokok fig hanya memerlukan 1 hingga 2 minggu untuk mengeluarkan akarnya daripada bahagian dahan yang ditut.  Malah saya telah perhatikan bahawa pokok fig dengan kulit tidak dicederakan pun boleh mengeluarkan akar dalam masa lebih kurang 10 hari.

Kalau boleh, tutkan dahan dengan media/ tanah yang banyak supaya dahan ditut dapat tumbuh akar yang banyak dan stabil sebelum dicantas untuk disemai, ini akan menambahkan peluang untuk tut itu berjaya disemai dan tumbuh setelah dicantas dari pokok induk.

Kaedah tut ini memang merupakan satu kaedah yang senang untuk dilakukan oleh siapa-siapa saja tanpa memerlukan kemahiran yang tinggi berbanding dengan teknik cantuman yang saya hanya berjaya sekali setelah berpuluh-puluh kali cuba.

Update 23/3/2016:
Untuk 3 jenis cara tut, iaitu yang konvensional, yang diubahsuai ( beg plastik diisi tanah dan dibelah dua bila nak digunakan)  dan dengan bekas plastik, yang konvensional merupakan yang paling tahan lama memandangkan ia dibungkus dan diikat habis tanpa meninggalkan celah yang membolehkan air menyejat keluar.  Untuk 2 jenis cara tut yang lain, memandangkan terdapat banyak celah celah yang membolehkan air menyejat keluar, sekiranya cuaca panas seperti sekarang, pastikan tanah tut adalah sentiasa lembap, sekiranya kering, air perlu ditambah supaya tut yang telah berakar tidak mati.

Update 10/4/2016:
Atas pertanyaan En Sufian, saya uploadkan gambar serbuk penggalak akar yang saya gunakan.


Bahan aktif merupakan Indole Butyric acid (IBA) dan a complex of growth substances and adjuvants to induce rooting mengikut botol.  Saya rasa pada pasaran terdapat pelbagai jenis jenama dan jenama ini merupakan jenama yang paling senang didapati daripada nursery dan supermarket yang ada jual barang-barang kebun.

73 ulasan:

sfadzil berkata...

tut pokok tin berapa lama boleh dipotong setelah keluar akar

Weekend Farmer berkata...

Kena tengok, kalau akar dah kuat menjalar pada tepi plastik dan boleh dilihat pada kebanyakan permukaan plastik, masa tu dah kira boleh dipotong untuk disemai dah. Saya potong dalam masa lebih kurang 2-3 minggu selepas akar diperhatikan menjalar di tepi plastik.

testing berkata...

Assalamualaikum Encik Weekend Farmer,

Saya tengah cari pokok avokado tut. Boleh jual pada saya tak? Saya nak satu je sebab tanah kecik. Saya dok Seremban. No hp 013 6016106. Terima kasih.

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera Mr Testing,

Minta maaf, lambat reply, sibuk kebelakangan ini, baru boleh check blog, tak ada masalah kalau yang ditut itu dah tumbuh akar. Masalahnya sampai sekarang tak perasan ada akar pun walaupun dah lama tut. Sekiranya dah ada, saya akan hubungi tuan.

Ribuan terima kasih atas minat dan pertanyaan tuan.

Weekend Farmer berkata...

En Fadzil Shafie, untuk pengetahuan tuan, setelah bertambah pengalaman selama beberapa bulan, saya dapati bahawa dalam masa 2-3 minggu dipotong memang ok, tetapi tut amat sensitif, sekiranya boleh dibiarkan atas pokok selama 1 - 2 bulan baru potong, tut tu kurang sensitif terhadap perubahan yang dialami. Kalau nak tut memang tak layu lepas potong, semasa tut, pastikan balut dengan tanah yang banyak supaya banyak akar boleh tumbuh.

Unknown berkata...

Sekira nya sya nak beli anak pokok Tin yg dah di tut berapa harganya n bila bolih ambil sekiranya ada

Weekend Farmer berkata...

EN Nadzri Sugeh, terima kasih atas minat tuan. Pokok tin variati apa yang Tuan nak ye? Sekarang ni cuma ade black genoa dan inca gold yang masih ditut. Black genoa adalah daripada dahan yang kecik, so, pokok yang ditut pun comel kecik saje, saya boleh jual pada RM 50. Tut dah melebih sebulan dan akar dah tumbuh. Tut Inca gold pada harga RM 70. Tut ni baru menunjukkan pertumbuhan akar, barangkali kena tunggu lagi 2-3 minggu.
Kalau tuan minat, saya boleh ambik gambarnya dan upload untuk ditunjukkan.
Saya juga ada pokok yang telah disemai dan ingin nak dilepaskan. Sekiranya berminat, bolehlah rujuk kepada page pada blog saya yang saya sedang kemaskini.

Terima kasih atas minat dan pertanyaan tuan.

Unknown berkata...

Oh..terima kasih sbb cepat respond..so kalau mcm tu mcm mana saya nak contact U atau pun location bolih gak saya ambik sendiri n belajar2 atau pun U whatsup saya at 019-2438862

Unknown berkata...

Tut Inca gold Tut Inca gold n Black genoa, kalau ada gambar lagi baik..sila pamirkan

Weekend Farmer berkata...

En nadzri, nanti saya uploadkan gambar dalam blog ni untuk dilihat dan dipertimbang sebelum dibeli. Saya duduk kat masjid tanah, bolehlah aturkan ambik sekitar melaka kalau berkenan dgn tut tersebut.

Unknown berkata...

Slmt pagi tuan.. lama x update u punya blog.. black genoa dan inca gold yg di tut dah tumbuh akar ke?

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, En Nadzri. Tadi baru check, balck genoa sepatutnya dah stabil dan boleh dipotong bila-bila masa,malah ada satu pokok daun sudah mula jadi kuning. Inca gold akar belum menjalar habis tepi botol dan akar masih muda dan putih, barangkali kena tunggu lagi seminggu dua.
Harap bersabar ye, En Nadzri. :-)

Unknown berkata...

Ok2..no problem..

ahmad berkata...

Salam. Saya nak tanya, di mana boleh dapat serbuk penggalak akar tu ?

ahmad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera dan selamat tahun baru,

En Ahmad,

Serbuk itu boleh dibeli dari nursery bunga/ gardening center/ penjual benih bunga dan buah-buahan di pasar malam/ pasar tani. Kadang-kadang, kat hypermarket/ supermarket, section jual barang gardening pun ada.

ahmad berkata...

Ok. Terima kasih

ahmad berkata...

Ok. Terima kasih

farizan berkata...

Assalam...
Saya ada beli pokok mangga yg telah di tut...nak tanya kalau nk tanam depan rumah....adakah akar pokok mangga tu akan menjalar...saya risau takut akar mengganggu kawasan simen depan rumah

farizan berkata...

Assalam...
Saya ada beli pokok mangga yg telah di tut...nak tanya kalau nk tanam depan rumah....adakah akar pokok mangga tu akan menjalar...saya risau takut akar mengganggu kawasan simen depan rumah

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, En Farizan,

Terima kasih atas pertanyaan tuan. Pada pendapat saya, pokok mangga tut sekiranya diberikan tempoh masa yang panjang, akarnya tetap akan menjalar jauh. Menurut maklumat internet daripada Royal Horticultural Society, sebagai garis panduan, akar pokok boleh berkembang sejauh 2.5 kali ketinggian pokok tersebut. Sekiranya tuan memang teringin sangat nak tanam di depan rumah, barangkali boleh tanam jauh sedikit daripada kawasan simen, tuan boleh kawal saiz pokok dengan mencantaskan dahan yang tidak dikehendaki untuk mengawal saiznya ataupun tanam dalam pasu besar, saya pernah nampak orang Jabatan Pertanian di Pulau Gadong Melaka menanamkan pokok mangga dalam pasu besar. Menurutnya, pokok mangga tu pun pandai berbuah, cuma kita kena rajin siram air disebabkan akar tidak dibenarkan menjalar jauh untuk mencari air. Harap dapat memberikan sedikit idea kepada tuan dan membantu tuan untuk membuat keputusan untuk tanam atau tak.

Unknown berkata...

Info yg sangat berguna. Agen penggalak akar tu sama ke dgn baja akar yg jual kt nursery tu. Ke ada jenis special. Minat nk buat eksperiment kt tanaman sy. Sy dok Alor Gajah je, teringin nk belajar cara cara yg betul dlm proses tut ni

Unknown berkata...

Info yg sangat berguna. Agen penggalak akar tu sama ke dgn baja akar yg jual kt nursery tu. Ke ada jenis special. Minat nk buat eksperiment kt tanaman sy. Sy dok Alor Gajah je, teringin nk belajar cara cara yg betul dlm proses tut ni

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, En Sufian,

Yang saya pakai tu,jenamanya adalah serbuk akar serbajadi. Nanti saya uploadkan gambar dalam blog. Saya panggil ia sebagai rooting powder, untuk menggalak keluarkan akar, tak pasti sama ada ia juga dipanggil sebagai baja pokok.

Unknown berkata...

Wasalam. Serbuk akar yg perang2 tu ye. Oo.. Senanglah nk cari, nursery ada jual. Tq atas info tuan. Untuk musim panas yg macam sekarang, tak sesuai nk buat tut rasanya. Tunggu cuaca kembali normal.

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Saya ada soalan.. Adakah pokok durian boleh di tut?

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Saya ada soalan.. Adakah pokok durian boleh di tut?

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, Tuan, kalau ikut konsep tut, kebanyakan pokok boleh ditutkan. Cuma samaada pokok yang ditut itu senang nak tumbuh akar baru atau tak. Jadi, sepatutnya pokok durian pun boleh ditutkan. Barangkali kena tunggu tuan cuba dan kongsi pengalaman bersama. Saya tak ada pokok durian, tak dapat nak cuba tutkannya. :)

kebuntepipagar berkata...

Assalamualaikum tuan, saya ada dua soalan :
1. Mengapakah pokok tin yang ditut mati selepas dipindahkan ke tanah ?
2. Pokok delima yang saya tanam berbuah lebat tetapi buahnya menjadi keras kehitaman dan isinya tidak masak ?
Tq. Jemput blogwalk ke blog saya kebuntepipagar@blogspot.com

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, tuan, terima kasih kerana melawat ke blog saya. Bagi soalan tuan, pendapat saya adalah berikut:

1. Banyak faktor menyebabkan pokok tin yang ditut mati setelah dipindahkan ke tanah/ pasu semaian. Antara yang biasa berlaku adalah selepas semai, kita menyiram air terlampau banyak dan air bertakung dalam pasu semaian, ini akan menyebabkan akarnya mereput dan tut mati. Pokok tin yang ditut pada peringkat permulaan memang cukup sensitif terhadap keadaan sekitar terutamanya kelembapan dalam tanah. Untuk mengatasi masalah terlebih siram, apa yang saya buat adalah saya akan melembapkan tanah yang digunakan untuk semai sekiranya kering sebelum menyemai tut. Setelah menyemai, hanya jiruskan sedikit air pada permukaan tanah sekadar untuk membasahkan lapisan atas dan letakan tut yang disemai di kawasan yang redup. Hanya menyiram apabila tanah lapisan atas menunjukkan kesan kering dengan menjirus sedikit air sekadar untuk membasahkan permukaan atas. Ini agak berbeza dengan kaedah yang biasa digunakan, iaitu siram sampai air keluar dari pasu. Sebab pada peringkat ini, bilangan akar yang tumbuh adalah amat sedikit dan keupayaan akar ini untuk menyerap air masih kurang, bila tersiram lebih, air berlebihan akan menyebabkan akar mereput dan tut mati.
Kemungkinan kedua adalah tut yang disemai belum cukup matang dengan akar yang baru tumbuh dan tidak dapat menyokong keratan tut. Biasanya saya akan membiarkan pokok tin yang ditut selama sebulan atau lebih setelah perasan akarnya mula menjalar kat tepi plastik bagi bolehkan akarnya menjadi matang dan lebih banyak akar dapat tumbuh.

Weekend Farmer berkata...

2. Bagi pokok delima, sebab saya tak pernah lagi menanamnya, jadi pengalaman saya terhadap pokok delima ini adalah kosong. :-), tetapi setelah mencari dalam internet dan menurut sumber internet, antara penyakit yang senang untuk menyerang buah delima adalah daripada keluarga fungas/ kulat seperti Alternaria fruit rot dan Aspergillus fruit rot dan Cercospora fruit spot. Disebabkan cuaca negara kita yang panas dan lembap, penyakit fungus memang senang terjadi dan saya mengesyaki bahawa buah delima tuan telah dijangkiti oleh penyakit kulat. Barangkali tuan boleh try sembur dengan fungicide sekiranya ia adalah penyakit kulat.

Harap dapat membantu dan terima kasih kerana menjemput berkunjung ke blog tuan.

Unknown berkata...

bolehkah pokok nangka guna kaedah tut? pernahkah tuan nencubanya?

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, tuan,

Untuk makluman tuan, sebab saya bukan peminat nangka, jadi, saya tak pernah terfikir pula nak cuba tutkan nangka. Lagi satu, saya pun tak ada pokok nangka yang boleh ditutkan. Jadi, saya tidak pernah cuba tutkan nangka. Pada pendapat saya, ikut konsep, memang boleh, cuma tak tahu ia senang nak tumbuh akar ke tak. Barangkali tuan boleh try eksperimenkan. :-). RIbuan terima kasih atas pertanyaan tuan.

Tanpa Nama berkata...

salam sejahtera tuan,

macam mana nak contact tuan ye. bos saya mencari orang yang boleh kawinkan pokok durian dekat kebun dia. lokasi kebun di tampin,n9. Atau tuan boleh sms, whatapps atau hubungi saya di 0127785055

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera dan terima kasih atas kepercayaan tuan.
Untuk kahwin pokok atau grafting ni, saya masih di peringkat newbie atau amateur. Tak confidence yang dikahwin akan hidup, namum, sekiranya bos tuan tak kisah, saya bolehlah cuba bantu untuk kahwinkan.
Sekiranya nak guarantee hidup, pada pendapat saya, elok carilah pegawai pertanian di Jabatan Pertanian yang mempunyai pengalaman tersebut.
Kalau untuk tut, saya bolehlah bantu tapi pun tak guarantee keluar akar sebab saya tak tahu sama ada durian ini jenis yang senang nak tumbuh akar atau tidak. :-)
Sekiranya tuan lepas fikir-fikir rasa nak memberi kepercayaan kepada saya, boleh tinggalkan pesanan di sini lagi dan saya akan hubungi tuan.
Ribuan terima kasih.

Myshah berkata...

Bolehkah pokok durian di tut?

Myshah berkata...

Bolehkah pokok durian di tut?

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera dan selamat awal pagi,

Untuk makluman En Myshah, saya sendiri memang tidak pernah cuba tutkan durian, hasil daripada surfing di internet telah menunjukkan bahawa mengetut durian adalah tidak praktikal dan proses pengakarannya adalah tidak memuaskan. Daripada itu, pendapat saya adalah barangkali durian juga merupakan salah satu jenis tumbuhan yang susah untuk berakar ketika ditutkan dan itulah sebabnya benih durian kat nusery semuanya merupakan yang telah dikahwinkan atau melalui teknik grafting. Harap ini dapat menjawab pertanyaan En Myshah.

azni rambli berkata...

Saya tut pokok rambutan..biasa nya brp minggu dia mula mengakar.

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, tuan,

pokok rambutan saya tidak pernah tut lagi. tetapi bagi pendapat saya, tempoh mengakar kemungkinan besar pun akan sama dengan pokok mangga, iaitu lebih kurang dalam masa sebulan akan mula mengakar. Nanti kalau saya ada peluang tutkan, saya bagi tahu. Ribuan terima kasih atas pertanyaan.

Weekend Farmer berkata...

Selamat pagi, En Azni,
Menurut sumber daripada internet (http://rfcarchives.org.au/Next/Fruits/Rambutan/RambutanPropagation3-82.htm) , rambutan yang ditut akan mula berakar antara 6 - 12 minggu. Harap maklumat ini dapat membantu tuan.

Tanpa Nama berkata...

assalam,

saya ada kawasan lama di belakang rumah yang kecil tapi saya amat teringin untuk mendapatkan pokok kuini yang boleh tak membesar seperti yang sedia ada dan cepat berbuah ddengan kualiti yang elok. mintak tolong bagi nasihat tentang cara bagaimana dan dari mana boleh saya dapati sumber anak benihnya.

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, Tuan,

Setahu saya, pokok kuini merupakan pokok yang besar dan tinggi, memang kurang sesuai untuk ditanam di kawasan yang kecil. Pada pendapat saya, mungkin tuan boleh cuba mendapatkan pokok kuini yang dikahwinkan, sebab dengan cara ini, pokok akan cepat berbuah berbanding dengan pokok yang ditanam daripada biji benih. Namun, saya kurang pasti tentang saiz pokok kahwin kuini ini ketika ia berbuah. Tuan mungkin boleh cuba kawal saiz pokok dengan memangkas dahannya selepas pokok kuini berbuah. Ini sekadar pendapat atau buah fikiran saya tanpa sebarangan kajian saintifik, harap dapat memberi sedikit idea yang membina kepada tuan. Untuk benihnya, barangkali tuan kena cuba semai biji benih dan kahwinkannya dengan pokok kuini sekitar kawasan tuan yang telah lama berbuah dan kualitinya dikenalpasti. Dekat nursery bunga, saya rasa jarang menjual benih kuini namun sekiranya tuan nak mencuba nasib, boleh cuba tanya di nursery.

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah.. terima kasih banyak kerana membantu

terima kasih
zahar

Manjalara (Azman Jalaludin) berkata...

Saya sekarang tengah mencuba tut pokok durian kampong yang dahannya rendah. Ramai orang kata pokok durian tidak menjadi apabila ditut.Kita tunggu dan lihat..

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera Tuan, harap tuan bila dah dapat keputusannya updatelah kat blog saya untuk dikongsi sama. Terima kasih.

Unknown berkata...

salam tuan, ubat untuk pengalak akar berapa harga nye? sb harga tak sama untk tiap2 kdai. dan ada ubt pgalak akar yg tak menjadi. wujud ke yg tiriuan ni?

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, tuan,
Ubat penggalak akar yang saya beli tu dalam harga beberapa ringgit sahaja. Itupun sebotol kecil dah bertahun saya pakai. Harganya tak sama mungkin kedai mengambil kadar keuntungan yang berbeza ataupun disebabkan oleh perbezaan jenama. Sama ada penggalak akar yang semurah ini terdapatnya yang tiruan saya kurang pasti, tuan. Harap-harap tiada yang tiruan di pasaran. :). Sekadar pendapat saya, kadang-kadang bagi keratan tersebut untuk tumbuh akar, pelbagai faktor diambil kira, penambahan penggalak akar hanya merupakan salah satu faktor, faktor kelembapan, faktor kematangan keratan, faktor suhu sekitar dan sebagainya juga memainkan peranan penting, jadi, pun susah juga kita nak katakan sesuatu produk itu berkesan atau tidak kecuali kita dapat melakukan perbandingan secara saintifik. Kalau memang sah produk itu tidak berkesan, lain kali elakkan beli jenama itu. Dulu saya beli biji benih chinese cabbage dan asperagus dari jenama tertentu mengalami masalah tak nak bercambah, setelah beberapa kali membeli, saya terus elakkan membeli biji benih chinese cabbage dan asperagus daripada syarikat tersebut sedangkan pencambahan biji benih melibatkan pelbagai faktor. :-)

Unknown berkata...

Seronok membaca nengenai tumbuhan ... Bagus dan bermanfaat berbudi pada tanah

Tanpa Nama berkata...

Kedai pokok / nursery

Unknown berkata...

Petikan:

"Setelah membaca mengenai kaedah tut yang terdapat di internet, rupanya kulit kena dibuang dibawah mata daun (node) di mana lokasi tersebut merupakan lokasi di mana akar akan tumbuh dan kulit setelah dikopek, kenalah gores sikit untuk membuangkan satu lapisan sel dinamakan cambium yang berfungsi untuk pertumbuhan supaya kulit susah nak tumbuh balik"

Saya kurang faham petikan ayat ini encik.

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, tuan,

Maksud saya seeloknya kulit dikopek di bawah lokasi di mana dulu terdapatnya daun tumbuh. Setelah dibuang kulit, gores sedikit supaya lapisan sel yang menghasilkan kulit dibuang bagi mengelakkan kulit tumbuh balik. Kalau kulit dah sembuh, tut tu rasanya dah tak keluar akar.

Harap tuan dapat tangkap apa yang saya maksudkan. :-)

Unknown berkata...

Waktu bila sesuai utk membuat tut

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, Tuan Fazli Salan,

Bagi saya, untuk membuat tut, memang tiada waktu yang spesifik , saya biasa buat tut pada waktu saya ada kelapangan ada mood nak mengetut tu tiba-tiba datang. Jadi, saya kadang- kadang buat tut pada sebelah pagi, tengahari, petang dan pernah juga buat pada sebelah malam.
Harap jawapan saya yang tak berapa ini dapat menjawab soalan tuan.

Minta maaf tuan kerana lambat menjawab sebab memang saya jarang masuk blog pada sekarang atas komitmen yang lain. Ribuan terima kasih kerana sudi melawat blog saya.

fauzi berkata...

Tuan'

Dimana nk dapatkan pokok markisa jumbo yg buahnya besar dari markisa medan.. Terima kasih

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera,

Tuan Fauzi,

Minta maaf, saya tidak tahu di mana boleh dapat pokok markisa jumbo tersebut. Mungkin tuan boleh cari di https://www.facebook.com/FigsFarmOfficial/posts/1879519528807851?__xts__[0]=68.ARC6CPUifzmSHs8iItulelbImBq71rb14-etJc7XEO4T4zCKqOorAHy4PxZ7HZOxtl_xfFk3ZI57RzayX6PaC_hGIhv5bzpsZOO5z8jxhfo8pJ7tPtspqxLnuMyIeY2RScERC0AL70SHHIVtuwMq3YYMI9YFLA9Puo-TklJPqKyOk4T1BjdER4hRPDSZ0Cv7QxiTtdK0bzLhhX9-mstmoag1Jy0lhqAWKV5066anhAuoj0WCJL5jen53Xfr_8EsCZyLjfu1JmEQzAvKZQu011WRUmQmNtIqC-i3QHGsf_lUC-GSyPiASyEqrPnYEUxhVxfjgYz7RQwMTFoR_KU6VAt6kFw&__tn__=-R sekiranya itu merupakan markisa jumbo yang dimaksudkan.

Unknown berkata...

Salam tua. Saya tut kesemua dahan termasuk la batang pokok belimbing saya. Adakah boleh atau pokok itu akn sakit n mati

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, Tuan unknown,

Bagi saya itu satu percubaan yang amat menarik, kebiasaan yang tut memang dekat dahan sahaja untuk kebanyakan pokok. Yang pernah saya lihat orang tut banyak banyak iaitu tut di batang, lepas itu di dahan adalah pada pokok tin yang akarnya memang senang untuk tumbuh kalau caranya betul. Untuk belimbing saya kurang pasti. Bagi pokok belimbing, pada pendapat saya, tut pada batang kemungkinan besar akan keluar akar dan tut pada dahan sekiranya dahan boleh bertahan cukup lama pun kemungkinan akan tumbuh akar juga. Tetapi ini hanya tekaan saya, mungkin tuan boleh buat maklumbalas setelah mendapat jawapannya apabila tut itu tumbuh akar.

Ndr berkata...

Saye ade buat hampir 1 bulan lebih dan lihat hasilnya ade keluar timbul putih pd kelaran..adakah itu akar atau pun kulit yg tumbuh balik??

Weekend Farmer berkata...

Sekiranya tisu berwarna putih tumbuh pada bahagian atas kelaran dan menunjukkan tanda membengkak, akar akan tumbuh tidak lama lagi dari tisu putih tersebut.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Weekend Farmer berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Weekend Farmer berkata...

Utk makluman tuan Unknown, menurut sumber internet, pokok nangka memang boleh ditutkan. Cuma saya tiada pengalaman tut pokok nangka sebab tidak pernah tanam nangka.

Unit kokurikulum berkata...

Ada pokok tin yg telah di tut ke. Juga pohon2 syurga yg lain. Kalu ada, Mohon washap 0199605212

Unknown berkata...

Assalammualaikum Tn. Tumpang bertanya. Masa Pokok sedang berbuah boleh ke pokok tersebut ditutkan? Atau perlu tunggu masa2 yg sesuai?

Unknown berkata...

Tuan Unit Kokurikulum,

Untuk makluman, memang saya ada pokok tin yang sedang ditutkan dan yang telah disemai dalam pasu. Cuma sekarang sudah tidak melakukan penghantaran melalui pos. Sekiranya berminat dan berdekatan bolehlah diaturkan. Terima kasih.

Unknown berkata...

Salam sejahtera,

Tuan unknown,

Untuk makluman, bagi saya tiada masalah untuk tutkan pokok yang sedang berbuah pada dahan yang tidak berbuah. Sekiranya ingin tutkan pada dahan yang berbuah, mungkin buah tersebut akan gugur atas faktor stress, mungkin tuan boleh cuba, sebab saya tidak pernah lagi tut pokok yang sedang berbuah. :) Terima kasih.

Unknown berkata...

Jenis-jenis tanah tut

Unknown berkata...

Tuan,

Bagi saya tanah yang senang untuk mengekalkan kelembapan dan tidak liat/ keras merupakan tanah yang ideal. Saya biasa gunakan tanah yang dibeli dari nursery seperti tanah yang dicampur serkam, peatmoss, perna juga menggunakan sphagnum moss untuk tut pokok, setakat ini semua hidup, cuma proses pengakaran samada cepat atau lambat saje.

Unknown berkata...

Kalau tak gunakan ubat pengalak akar boleh tak akar dia keluar tak kalau tak guna ubat ni

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, Tuan Unknown,
Setahu saya boleh, cuma mengambil masa yang agak lama. Sekiranya tiada serbuk penggalak akar, boleh gunakan penggantinya yang senang untuk didapati. Saya pernah baca ada orang guna bawang merah sebagai penggalak akar cuma keberkesanannya saya kurang pasti.

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan,
Sy nk tnya kalau kita terus tanam dahan pokok yg ditut itu ke tanah tanpa semai dalam polybeg dulu boleh ke?

Unknown berkata...

Salam sejahtera, Tuan,

Pada pandangan saya, ranting yang ditut tidak digalakkan untuk tanam terus ke tanah memandangkan akar masih muda dan kurang dan kemungkinan besar tidak dapat menyesuaikan diri kepada perubahan sekitar yang besar. Apabila tut dipotong dari induk, tut itu akan mula "berdikari" dengan bermulanya proses mencari air dan nutrient sendiri, jadi adalah penting pada peringkat awal disemai dulu dalam polibag dan diletak di tempat teduh bagi mengurangkan stress pada tut dan menyesuaikan tut kepada persekitaran yang baru.